Soalan Lazim

Soalan Lazim untuk Penawaran Pinjaman Peribadi

Jawapan kepada soalan yang kerap ditanya mengenai pembiayaan koperasi & bank kerajaan.

Apakah pinjamkoperasikerajaan.com?

Pinjam Koperasi Kerajaan adalah pilihan pembiayaan yang disediakan oleh masyarakat koperasi yang berdaftar dan sah. Kami menawarkan alternatif pembiayaan yang lebih mudah diakses berbanding pinjaman bank tradisional, dengan proses yang lebih ringkas dan kadar yang lebih rendah.

Pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah Pinjaman Koperasi atau Pinjaman Bank?

Pembiayaan peribadi ialah pinjaman tanpa cagaran daripada bank atau koperasi — tiada cagaran diperlukan. Tempoh pembayaran balik biasanya 1 hingga 10 tahun dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pendidikan, pengubahsuaian rumah atau kecemasan.

Apakah itu pinjaman koperasi?

Pinjaman Koperasi ialah sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Bayaran balik biasanya melalui potongan gaji dan kebanyakannya mengikut prinsip Syariah.

Apakah manfaat pinjaman peribadi untuk staf kerajaan?

Manfaatnya termasuk menangani keperluan kewangan segera, pilihan pinjaman yang fleksibel, kadar keuntungan yang lebih rendah berbanding institusi lain, jadual bayaran balik yang mudah, serta peningkatan skor kredit melalui bayaran tepat pada masanya.

Adakah pembiayaan peribadi ini berkonsep Syariah?

Ya, semua pembiayaan yang disediakan di laman platform kami adalah berkonsep Syariah.

Adakah saya layak meminjam?

Kelayakan memerlukan anda seorang penjawat awam Malaysia berumur 20–55 tahun, bekerja tetap atau kontrak dengan minimum 3 bulan perkhidmatan, berpendapatan asas minimum RM1,500, tidak diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insovesi , dan mampu membayar balik melalui potongan gaji atau autodebit bank. Mampu membayar balik pinjaman melalui Potongan Biro Angkasa, potongan payslip atau bank Autodebit.

Apakah dokumen pengenalan dan pendapatan yang perlu disertakan?

Dokumen yang diperlukan termasuk salinan pengenalan diri yang disahkan Majikan, tiga bulan slip gaji terkini yang disahkan Majikan, surat pengesahan jawatan, bil utiliti (bagi koperasi tertentu), penyata bank terkini yang menunjukkan kemasukan gaji, serta surat penyelesaian hutang daripada institusi lain (jika ada).

Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman?

Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan kepada bank atau koperasi melalui potongan slip gaji oleh Jabatan Akauntan Negara (AG), Biro Perkhidmatan Angkasa atau Bank Autodebit Gaji.

Perlukah saya membayar deposit atau bayaran pendahuluan?

Tidak. Perkhidmatan kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

Berapakah jumlah pinjaman yang layak dipohon?

Jumlah pinjaman bergantung kepada status pekerjaan, pendapatan dan komitmen bulanan anda. Jumlah pinjaman tertinggi ialah RM400,000, walaupun kelayakan sebenar berbeza mengikut institusi kewangan.

Berapa lama tempoh diperlukan untuk permohonan diluluskan?

Tempoh kelulusan berbeza mengikut institusi, dari 48 jam hingga beberapa minggu.

Mengapakah saya patut memohon melalui pinjamkoperasikerajaan.com?

Penasihat kewangan di platform kami akan menyemak kelayakan anda dan mencadangkan produk pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk kelulusan yang mudah.

Masih ada soalan?

Hubungi kami di WhatsApp untuk bantuan segera dan semakan kelayakan percuma.

Semak Kelayakan Percuma
Konsultasi Percuma